Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini diasaskan oleh Parameswara dan kerajaan ini telah mengalami kegemilangan pada abad ke-15. Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat dalam penaklukan dan perdagangan pada zaman kegemilangannya. Dalam tugasan ini, kami akan menjelaskan tentang faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan Melaka mencapai kejayaannya sehingga dapat menjadi sebuah pelabuhan entrepot dan empayar yang dikenali oleh dunia.
2.0 Pemimpin-pemimpin dan sistem pentadbiran yang cekap
Melaka dapat mencapai kegemilangan dan menjadi salah satu perlabuhan entrepot di dunia adalah banyak disebabkan oleh sistem pentadbirannya yang cekap dan sistematik. Untuk menwujudkan satu sistem pentadbiran yang sistematik, kewibawaan pemimpin-pemimpin dan tokoh Melaka memang tidak boleh diabaikan. Hal ini kerana kewujudan sebuah kerajaan mesti mempunyai seorang pemerintah yang mengatur dan memimpin kerajaan tersebut. Oleh itu, sesebuah kerajaan tidak mungkin dapat diwujudkan sekiranya tidak ada seorang pemimpin atau pemerintah untuk memerintahkannya. Pemimpin yang paling terkenal dalam Melaka ialah Parameswara yang telah mengasaskan dan mendirikan kerajaan di Melaka. Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal boleh dikatakan bermula daripada Parameswara. Beliau sebagai tokoh yang amat penting terhadap Melaka bukan sahaja disebabkan oleh beliau mengasaskan Melaka, malah juga disebabkan oleh pengalaman, kebolehan dan kebijaksanaannya.
Sebelum Parameswara sampai di Melaka, beliau pernah memerintah Palembang untuk beberapa tahun danTemasik(Singapura) selama lima tahun. Hal ini kerana Parameswara merupakan putera dari Palembang, Sumatera. Setelah Parameswara dan pengikutnya diusir keluar dari Palembang dan berlari ke Temasik, Parameswara telah membunuh Gabenor Temasik, Temagi dan menjadi raja di sana. Peristiwa ini jelas melihat bahawa Parasmewara telah mempunyai pengalaman berkerajaan yang panjang. Pengalaman yang amat praktis ini banyak membantunya dalam merancang skema untuk memajukan Melaka. Sekiranya beliau tidak mempunyai pengalaman tersebut, tidak mungkin beliau dapat memerintah Melaka dengan teratur dan sistematik.
Selain Parameswara, Sultan-sultan yang lain juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin kegemilangan Melaka. Dalam sistem pemerintahan Melaka, Sultan berada di heiraki teratas dan berkuasa mutlak untuk mentadbir negara. Oleh itu, sultan mesti memiliki kebolehan, mempunyai strategi dan bertindak bijak dalam menjadikan Melaka gemilang. Buktinya, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kebijaksanaan baginda telah berjaya menjamin kegemilangan Melaka. Baginda telah menyelesaikan masalah perpecahan antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda. Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim. Baginda berasa Tun Perak merupakan calon yang lebih sesuai untuk menjadi bendahara, jadi baginda telah berkorban dengan menceraikan permaisurinya,Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali supaya Tun Ali meletakkan jawatan sebagai Bendahara. Peristiwa ini menunjukkan Sultan Muzaffar Syah merupakan seorang pemimpin yang amat bijak kerana baginda berjaya menyelesaikan masalah tanpa merosakkan hubungan antara sebarang pihak. Selain itu, tindakan baginda iaitu melantik Tun Perak sebagai bendahara juga menunjukkan baginda bijak dalam penjawatan. Dengan bantuan Tun Perak, baginda bejaya mematahkan strategi Siam dalam menghadapi serangan Siam. Ini juga menunjukkan bahawa perjawatan adalah amat penting dalam sesebuah kerajaan, kerana pembesar yang akan membantu pemimpin dalam memerintah dan menjamin keselamatan sesebuah negara. Seterusnya, kebolehan Sultan Muzaffar Syah juga dapat dilihat apabila baginda mengadakan hubungan diplomatik dengan China. Ini membolehkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China serta negara yang lain.
Sebuah kerajaan juga tidak dapat diwujudkan sekiranya mempunyai pemimpin tetapi tanpa pembesar yang membantunya. Seorang pemerintah perlu disokong oleh pembesar-pembesar dan rakyat supaya sistem pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik. Hal ini dapat dilihat semasa Parameswara sampai di Melaka, para pembesar juga bersama-sama berundur ke Melaka. Dengan kehadiran pembesar-pembesar ini, Parameswara telah mendapat bantuan daripada mereka dan berjaya mengatur sistem pentadbiran di Melaka. Dalam Sejarah Melayu juga mengatakan bahawa Parameswara telah dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya semasa memerintah Singapura. Oleh itu, pembesar adalah penting dalam menjalankan dasar-dasar untuk untuk memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar.
Selepas itu, sistem pentadbiran Melaka menjadi lebih kompleks, cekap, lengkap dan teratur. Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh pembesar-pembesar dari pelbagai peringkat. Antara pembesar yang paling penting ialah pembesar Empat Lipatan yang mengandungi bendahara, temenggung, laksamana dan penghulu bendahari. Pembesar-pembesar ini mempunyai tugasan masing-masing dan penting dalam menjaga kestabilan politik, keselamatan darat dan laut serta memastikan pendapatan negara. Sistem pentadbiran yang sistematik ini dapat menjamin pentadbiran dalam sesebuah negara tidak mudah diserang oleh musuh yang lain serta memastikan negara terus mencapai gemilang. Ini juga memberi makna bahawa kerajaan Melaka juga memerlukan pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara selain daripada sultan-sultan.
Dalam pembesar-pembesar yang menjalankan tugasan, Tun Perak merupakan tokoh yang amat penting dalam membantu Melaka mencapai kegemilangannya. Tun Perak merupakan bendahara Melaka yang termasyhur. Beliau merupakan seorang yang berwibawa dan pandai merangka strategi. Contohnya, dalam menghadapi serangan Siam, Tun Perak telah meggunakan strategi yang berkesan iaitu Tun Perak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan isteri ke Melaka untuk mempertahankan Kota Melaka. Tindakan ini telah berjaya mengalahkan serangan Siam kerana pengikut-pengikut akan berjuang kemati-matian mempertahankan Melaka. Hal ini dapat menunjuk bahawa seorang pembesar yang berkebolehan akan banyak berjasa kepada sesebuah negara dan membantu negara tersebut mencapai kegemilangannya. Pembesar yang pandai mentadbir dapat mempertahankan negara daripada sebarang serangan musuh.
3.0 Faktor Perdagangan
Melaka merupakan sebuah perlabuhan entrepot yang dikenali oleh seluruh dunia pada abad ke-15. Hal ini kerana Melaka amat maju dalam perdagangannya dan kemajuan ini telah membantu Melaka mencapai zaman kegemilangannya.
Faktor utama Melaka dapat menjadi pusat perdagangan di rantau adalah disebabkan oleh kedudukan geografinya. Hal ini demikian kerana Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di antara pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Laluan ini merupakan laluan utama bagi pedagang dari timur ke barat dan sebaliknya. Hal ini dapat menunjukkan Parameswara merupakan seorang yang mahir dalam ilmu geografi, kerana beliau telah memilih Melaka yang kedudukan strategik ini serta mengembangkannya kepada pusat perdagangan yang terkenal di rantau.
Selain itu, pelabuhan Melaka memiliki kelebihan berbanding dengan pelabuhan yang lain kerana kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut dan Barat Daya. Ketika menuggu peralihan angin monsun, pedagang akan menetap dan menjalankan perdagangan di Melaka. Melaka juga mempunyai pelabuhan yang mendalam dan membolehkan kapal-kapal besar memasuki pelabuhannya. Dengan ini, pengangkutan barang dagangan akan menjadi lebih mudah, senang dan menggunakan masa yang lebih singkat.
Dalam pada itu, Parameswara juga menunjukkan kebijaksanaannya dengan menjadikan Melaka sebagai pusat pergumpulan barangan yang mengumpulkan barangan dari Kepulauan Melayu dan sebagai pusat pergedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. Fungsi Melaka ini telah membezakan pelabuhan Melaka dengan pelabuhan rantau Asia Tenggara yang hanya memperdagangkan hasil tempatan. Padagang dari seluruh dunia boleh menjimatkan kos pelayaran dan memendekan jarak perlayaran mereka kerana barang yang diperlukan dapat diperolehi dari Melaka. Selain daripada barang yang dikumpul daripada tempat lain, Melaka juga mempunyai banyak sumber asli yang diperolehi oleh pedagang-pedagang. Orang Laut dan orang Asli telah memainkan peranan yang penting dalam memungut sumber-sumber ini, contohnya orang Asli memunggut hasil hutan dan orang Laut pandai dalam memunggut hasil Laut. Sumber-sumber ini mendapat permintaan daripada pedagang seluruh dunia dan turut menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang bertaraf antarabangsa.
Kemudahan perlabuhan yang disediakan dalam Melaka amat penting dalam menarik kedatangan para pedagang. Antara kemudahan yang disediakan adalah gudang bawah tanah. Gudang ini memudahkan pedagang menyimpan barang dagangan semasa sampai di Melaka untuk terlindung daripada angin monsun. Gudang-gudang ini dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga. Lantaran itu, gudang-gudang ini diberi jaminan perlindungan daripada kebakaran dan pencurian. Jadi, kemudahan ini dapat memudahkan pedagang serta menyakinkan pedagang yang menyimpan barang. Melaka juga menyediakan tempat tinggal kepada para pedagang. Hal ini menyebabkan banyak pedagang berlabuh di Melaka kerana Melaka merupakan kerajaan pertama yang menyediakan kemudahan gudang bawah tanah dan tempat tinggal di Asia tenggara pada masa itu.
Faktor seterusnya yang menarik kedatangan pedagang asing ke Melaka ialah kerajaan Melayu Melaka memiliki kebolehan dalam menjaga keselamatan pedagang. Dalam hal ini, laksamana telah diberi amanah dalam mempertahankan keselamatan Melaka. Laksamana berperanan untuk mengawal keamanan laut, menjamin kegiatan perdagangan dan menghapuskan lanun yang mengancam keselamatan pedaganan. Oleh itu, laksamana memerlukan tentera yang kuat untuk mempertahankan kerajaan Melaka. Jadi, orang yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera Melaka ialah orang Laut. Hal ini kerana orang Laut sangat memahami bentuk muka bumi Melaka dan mempunyai kemahiran pelayaran . Mereka juga mempunyai ciri-ciri kepahlawanan, taat setia dan mahir dalam selok belok Selat Melaka. Dengan ini, keselamatan para pedagang dapat dijamin dan memberi keyakinan kepada mereka untuk terus menjalankan urus niaga di sini.
Untuk memajukan perdagangan di Melaka, syahbandar merupakan satu jawatan yang amat penting dalam menjaga dan melicinkan aktiviti perdagangan di perlabuhan. Syahbandar boleh dikatakan sebagai “raja pelabuhan” kerana jawatan ini ditanggungjawabkan untuk mengendalikan organisasi dan sistem perkapalan, pengendalian cukai, pengawal bagi urusniaga, menjadi ketua nakhoda dan sebagainya. Syahbandar juga perlu menjaga kebajikan para saudagar, nakhoda dan pedagang. Jadi, syahbandar dapat memastikan perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar dan sistematik supaya para pedagang berasa selesa semasa menjalankan urusniaga.
Bagi pedagang yang ingin berniaga di Melaka, mereka akan dikenakan cukai dan perlu memohon surat kebenaran berniaga. Sistem cukai yang teratur dan berpatutan menjadikan padagang lebih suka berniaga di Melaka berbanding dengan pelabuhan yang lain. Sistem cukai di Melaka adalah berjalan dengan sistematik dan memudahkan pedagang menjalankan urusan di Melaka. Surat kebenaran berniaga yang dikeluarkan adalah sebagai lessen bagi peniaga berjual beli di Melaka. Dengan adanya surat kebenaran berniaga ini, kerajaan dapat memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar dan turut meningkatkan sumber pendapatan Melaka.
Sebelum sistem mata wang diperkenalkan, sistem barter digunakan oleh rakyat di Melaka. Sistem ini mempunyai banyak kelemahan seperti tidak mempunyai nilai yang sama dan masalah simpan nilai. Seterusnya, rakyat telah menjalankan perniagaan dengan menggunakan duit kerang, garam dan batu tertentu sebagai medium ekonomi. Namun, benda-benda ini adalah tidak adil kerana tidak seragam untuk setiap orang. Hal ini juga menyusahkan pedagang kerana susah untuk menjalankan perniagaan dengan adil. Oleh itu, setelah Melaka memperkenalkan penggunaan mata wang, perniagaan antara pedagang telah menjadi lebih mudah dan lebih adil. Kerajaan Melaka telah memperkenalkan mata wang logam yang dipanggail sebagai “calains” dan mata wang emas tempatan juga digunakan dalam urusniaga. Hal ini telah menjadi tarikan pedagang asing kerana sistem mata wang dapat memastikan urus niaga dijalankan dengan lancar.
Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan dalam urus perdagangan di antara para pedagang. Bahasa Melayu sebagai lingua franca juga menyumbang kepada kegemilangan Melaka. Menurut Tom Pires, terdapat 84 bahasa yang berlainan di pelabuhan Melaka. Oleh itu, penggunaan bahasa yang seragam dapat memudahkan komunikasi dan lebih mudah kepada pedagang untuk berbincang tentang aktiviti perdagangan dengan pengawai atau pedagang yang lain. Sekiranya tidak ada satu bahasa yang seragam, maka pedagang akan mengalami kesusahan dalam berkomunikasi. Melaka juga tidak akan menjadi pilihan orang lain kerana tidak mempunyai sesuatu yang memudahkan proses perdagangan dijalankan.
4.0 Hubungan Luar dan penaklukan kuasa
Hubungan luar Melaka dengan negara serantau berjaya membantu Melaka dalam mempertahankan kegemilangannya. Hubungan luar dipentingkan kerana dapat menjaga keselamatan Melaka dan menjaga kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka. Dasar-dasar telah dilaksanankan oleh kerajaan Melaka untuk memastikan hubungan dijalin antara setiap kerajaan yang berhubung dengan Melaka. Antara hubungan luar yang dijalinkan oleh Melaka ialah China dan Siam.
Hubungan luar yang dijalankan oleh Melaka dengan China adalah bermula pada tahun 1403. Pada tahun itu, Laksamana Yin Chin telah mengetuai rombongan untuk melawat Melaka dan Parameswara telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan perlindungan kuasa besar itu. Hal ini dapat menunjukkan Parameswara merupakan seorang yang yang berpandangan juah kerana jelas tentang kepentingan hubungan luar. Melaka telah mendapat perlindungan daripada China dan memastikan Melaka bebas daripada serangan Siam dan Majapahit. Untuk memastikan keamanan Melaka, pewaris-pewaris Parameswara yang seterusnya turut meneruskan hubungan ufti dan persahabatan dengan China. Dalam ada itu, Melaka juga menjalin hubungan diplomatik dengan Siam. Hal ini adalah untuk menjamin kepentingan politik dan ekonomi Melaka serta mendapatkan bahan mentah seperti kayu jati dan makanan daripada Siam. Parameswara telah menghantar ufti sebanyak 40 tahil emas kepada Siam setiap tahun sebagai tanda persahabatan.
Perluasan kuasa Melaka juga amat penting dalam memastikan kegemilangan Melaka.Sebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasanya dan membentuk sebuah empayar. Tanah jajahan yang banyak akan dianggap sebagai satu kemewahan untuk sebuah kerajaan. Melalui perluasan kuasa, Melaka akan menjadi lebih maju dan makmur kerana dapat menguasai ekonomi dan hasil bumi daripada tanah jajahannya.
Antara cara-cara yang dilakukan oleh Melaka untuk meluaskan kuasa adalah melalui peperangan. Melaka telah menjalankan dasar perluasan kuasa dengan melancarkan serangan ke atas wilayah yang lain atau negeri jirannya. Buktinya, kerajaan telah menakluk Pahang, Singapura, Kepulauan Riau Lingga dan sebagainya. Untuk berjaya meluaskan kuasa, kepimpinan bendahara dan laksamana adalah amat penting dalam mengatur strategi dan melakukan serangan. Contohnya, Tun Perak merupakan bendahara yang menjalankan kuasa perluasan kuasa. Negeri-negeri naungan penting dalam meningkatkan kekayaan Melaka dan juga meninggikan prestij Melaka di mata antarabangsa.
Selain itu, kerajaan Melaka juga meluaskan kuasanya melalui perkahwinan. Hubungan ini dijalankan untuk mengelakkan diserang oleh Melaka tetapi perlu membayar cukai kepada kerajaan Melaka. Dengan melalui perkahwinan, perhubungan antara kedua-dua negeri akan menjadi rapat dan kuasa secara langsung dapat diluaskan. Cara perluasan kuasa Melaka yang seterusnya ialah melalui kerelaan negeri-negeri. Terdapat negeri-negeri yang rela meminta perlindungan daripada Melaka kerana ingin berlindung di bawah kekuatan kerajaan. Dengan mempunyai negeri naungan yang banyak, kuasa Melaka dapat diluaskan kepada negeri yang berdekatan dan dapat mengawal perairan Selat Melaka dengan lebih efisen. Jadi, Melaka tidak akan mudah diserangi oleh kuasa yang lain dan turut menjamin kegemilangannya.
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, Melaka dapat mencapai kegemilangan adalah disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah kewibawaan pemimpin dan sistem pentadbiran yang cekap. Seterusnya, faktor geografi dan faktor perdagangan menyebabkan Melaka menjadi pilihan utama kepada para pedagang. Kukuatan Melaka dalam penaklukan juga menyebabkannya meluaskan kuasa dan turut membantunya dalam mencpaai kegemilangannya. Melalui faktor-faktor ini, dapat dilihat kepentingan peranan Parameswara yang berpandangan jauh dalam memilih Melaka dan mengembangkannya. Sekiranya tidak ada tokoh tersebut, kemungkinan kerajaan Melaka tidak pernah diwujudkan dalam sejarah dunia.
No comments:
Post a Comment